Sunday, July 19, 2009

Semakin Hari Semakin Sayang(BACA SEHABIS BAIK INI SANGAT PENTING)

Semakin hari semakin sayang.Begitulah sepatutnya ungkapan ini diluahkan oleh kita semua yang akan menduduki UPSR tidak lama lagi.Apakah yang dimaksudkan dengan ungkapan di atas?
Sayang di sini bermaksud sayangkan diri kita yang sudah lama menunggu untuk menduduki peperiksaan UPSR yang menjelang tiba.Jika anda sayangi dirimaka nada juga harus sayangi perkara berikut...

+SAYANGI MASA:Masa amat singkat skali,hanya beberapa minggu sahaja lagi anda akan menemui masa yang anda nantkan selama ini.Oleh itu setiap detik amat berharga dan tidak boleh dibiar berlalu begitu sahaja tanpa melakukan sesuatu yang befaedah.Jika nada sayangkan masa maka janganlah disia-siakannya dengan menangguh-nangguhkan kerja,melewat-lewatkan waku belajar,berbual kosong dengan rakan ketika dalam kelas atau berehat panjang sehinggan menjadi malas.Gunakan sepenuh masa untuk mengulangkaji pelajaran,bertanya guru atau berbincang dengan rakan.Satu atau dua minit yang anda gunakan itu mungkin dapat melonjakkan diri anda ke aras prestasi yang lebih tinggi.

+ SAYANGI KEBOLEHAN DIRI ANDA:Anda sebenarnya mempunyai kebolehan diri.Anda boleh mengikuti pelajaran dengan baik dan boleh mencapai kejayaan dengan cemerlang.Amat sayang skali jika kebolehan yang ada pada diri anda itu dipersia-siakan pada saat-saat akhir ini.Oleh itu sayangi dan hargai diri anada dengan kebolehan yang dianugerahkan oleh allah .Gunakankanlah kebolehan anda sepenuhnya tanpa berasa jemu atau bosan untuk tarus belajar dan mencapai kejayaan.

+SAYANGI PELAJARAN ANDA:Ayah dan ibu telah mengorbankan masa menghantar anda kesekolah,kekelas tuisyen tau membelanjakan wang untuk membeli bahan bacaan tambahan.Enam tahun anda telah berdamping dengan pelajaran anda.Guru pula telah mengajar anda dengan sebaik mungkin serta mengadakan pula kelas-kelas tambahan.Oleh itu janganlah disia-siakan pelajaran yang telah kepada anda.Ilmu itu ibarat cahaya yang akan menerangi kehidupan anda pada masa akan datang.Ilmu tidak akan pupus dan akan terus berkembang di dalam diri anda.Agama islam menuntut kita untul belajar serta beroleh ilmu kerana ilmu itu panduan hidup.Syangilah ilmu yang anda telah belajar selama lima tahun ini.Oleh tu dalam masa yang singkat ini penuhilah dada anda dengan ilmu,dan teruskan menghayatinya sehingga menjeang hari peperiksaan.
semoga sifat penyayang ini akan membakar semangat anda untuk tarus belajar dan mencapai kejayaan yang bakal menanti anada nanti.

2 comments: